Monday, June 9, 2008

Pening+Busy+Letih=Malas

Seminggu lebih aku tak post pape dalam blog aku nih.Aku dok meracau carik blog orang lain tapi blog aku terbiar camnih aje.Aku bukan ape,sebenarnya jadi malas kebelakangan nih.Tetambah lagi bila idea aku yang datang tapi kepala aku krem sekaligus jejari halus tanganku inimenafikan terus untuk menaip bait-bait yang ada dalam mindaku ketika itu.

Aku terus membaca blog orang dengan rasa ingin tahu,nak belajar lebih lanjut untuk membina blog yang best untuk diriku ini supaya blog aku menjadi tumpuan ramai orang yang suka membaca.Aku sangat pemalas untuk mencari info yang baik kerna aku lebih suka menulis erti personal dalam blog aku ini.Kita teruskan lagi..

Minggu nih ada la sebok² ayam sikit aku nih.Dari cerita aku keluar menghabiskan duit aku dihujung minggu itu,aku tetap tak habis² kena keluar lagi.Bukan aku tak senang nak duduk rumah akan tetapi aku ini terpaksa tapi rela.Macam si menteil cakap,paksa-rela.

Minggu ni dimulakan dengan kejadian awekku dilanggar kereta.Sungguh takut aku dengar,aku terus bergegas ke Shah Alam untuk berita live lebih lanjut.Khabarnya kaki dia tak boleh bergerak,ingatkan patah nasib dia baik,mungkin jem kejap aje lepas kemalangan.Ake melepak ler ngan si dia sampai satu haru suntuk.Esok balik kena kerja shif pagi pulak tuh.Balik kerja penat aku membungkang aje keje dan bangun untuk kerja kembali.Balik kerja kena keluar carik barang untuk kawan aku pulak.Itu hari selepas kerja,esoknya aku nonton wayang ngan adek aku dan kawannya ,pulang pukol 5 pagi.Nasibaik cuti,aku balik lambat pun sebab kawan dia nih nak on kapal 2 hari lagi.Kantoi lagi aku untuk sehari.Hari Jumaat aku jadual penuh ngan tido sebab sakit kepala aku makin teruk,ubat dah abes pulak tuh.Aku ambil inisiatif beli panadol 650 kat kedai mamak aje.Hari Sabtu merupakan Hari Yang Di Pertuan Agung,kengkawan ajak pegi PD lagi pulok.Ahad pegi kenduri kawan kawen then aku kerja shif malam pulok sampai la ke hari ini.

Tuh sume aku simplified sebab aku malas nak cerita panjang lebar,memang korang bosan kalo nak dengar.Kirenya aku penuh dengan kejadian sebok² ayam bermula dari hari Sabtu sehinggalah ke hari ini.Tambah lagi ngan tahap pening jahil yang ada dalam kepala otak nih,memang sangap aku bila time free.Sebab tuh diriku nampak mengeras sahaja dan blogku nampak terbiar untuk seminggu.Sungguh siot minggu lepas sebab aku belum lagi download naruto shipuuden ep62.Kembali ke studio 8..

~memang tak best langsung blig aku hari ini sebab aku tengah mamai nak tido~
,

Monday, June 2, 2008

Aku yang menggila

Semalam sekali lagi aku terjebak dalam arena per'shopping'an..Aku pergi ke Times Square(KL) tujuan sesaje aje nak jalan,tetiba kawan aku nih nak g maen menatang indoor games la plak.Aku memberatkan diri aku ini untuk bermain kerna aku telah berjanji ngan orang laen untuk ergi ke sana.Lagipon aku bukan kesah sangat ngan menatang² dalam tuh sangat.



Diorang masuk aje aku memulakan perjalanan untuk berlegar² di dalam shopping kompleks tersebut.Mulanya nak jugak aku jelajahi semua tingkat yakni berjumlah 10 tingkat adanya,tapi
apakan daya bukan ada apa sangat pun dalam tuh.Aku setakat berjalan dalam 3 tingkat aje pastuh aku terus decide nak pegi Lowyat Plaza plak.Kat sana lagi menarik minat aku untuk shopping mata,gamaknya la...

Sesampai aje aku terus melegarkan diri aku ke tingkat barangan pc dari tingkat atas sekali mula dari kedai Thundermatch sampai la ke tingkat bawah²nya sekali.Mulanya memang nak tengok² aje,tambahan lagi aku bukan bawak duet sesangat.Ada la dalam RM70 dalam poket aku nih.Tiba² desakan ke atas poket aku begitu menebal sekali dalam jiwa ini sehinggakan memaksa aku untuk meminjam duet rakanku.Cih,memang aku tak berjaya untuk meng'usha'² sahaja.Aku dengan tiba² terbeli barang yang kiranya untuk keperluan aku jugak pada masa aku kat melaka nanti.Aku membeli headphone philips(untuk dengar lagu pakai mp3),beli thumbdrive apacer 2G(untuk buat kerja,lagipon aku dah ilangkan menatang nih dolu),mouse murah(mouse dah rosak) dan aku hampir terbeli external hdd ngan dvd writer.Aku terpaksa letak balik sebab aku memang dah tak cukup duet(kawan aku bagi pinjam sampai kosong wallet~hohoho).


Sedih sebab aku tak tau bila lagi aku akan berbelanja begini lagi akan datang.Tengok la nanti,mana la tau blog aku nih leh laku lak orang datang tengok.Leh gak dapat duet.Tapi aku tak yakin sebab blog aku nih bukan ade paper pun selain dari personal aje.Aku pemalas nak buat review,pemalas nak komplen pape,pemalas nak kondem mende lain.Tengok la nnati kalau aku bergiat aktif plak,mane la tau terbuka pintu hatiku.

jumlah perbelanjaan selama 2 hari=RM1200~gile betul aku nih...