Saturday, May 31, 2008

Shopping sakan di hari Sabtu

Tanggal 31 Mei,yakni hari Sabtu aku bercuti.Mulanya aku plan nak pegi kenduri kawan aku seawal mungkin,tapi rancanganku terkelendat sementara kerna aku mempunyai banyak perkara yang secara tak disengajakan dibuat olehku.Kerna tidak mempunyai rakan untuk pergi bersama ke Semenyih,aku mengajak seorang rakan baikku pergi sekali,jadi untuk menunggu dia pulang dari kerja aku mulakan hariku pada pukul sepuluh dengan mandi sebersihnya.
Aku mulakan dengan membayar bil telefon rumahku yang sangat banyak kerna tertunda selama beberapa bulan sehinggakan panggilan keluar di tahan.Aku pun usha jugak dengan penggunaan i-talk dari Telekom.Malangnya bapak aku sendiri yang kena pergi sebab guna namanya untuk telefon rumah kami.Selepas membayar,aku terus ke Jusco S2 untuk membeli hadiah untuk pengantin.Set cawan yang murah sahaja dan aku terbeli pulak boiler@thermo pot yang murah jenama Elba yang ada di bahagian appliances.Sungguh shit,tapi aku memikirkan untuk aku tinggal di Melaka kemudian hari.Mungkin ada jugak gunanya nanti.Kemudian dengan secara tak sengaja aku pergi ke CIMB atm mengeluarkan duet beberapa ratus ringgit dengan tujuan untuk 'repair air-cond' kereta charade G9 keramat aku.Rupanya keadaan tidak seawal yang aku sangkakan kerana sistem air-cond kereta tersebut mempunyai beberapa kerosakan kecil sehinggakan memaksa aku memberi kepada apek tersebut kira-kira RM200.Aku keluar dari kedai tersebut dengan air-cond yang terpasang setelah 6bulan tidak menggunakannya.
Pulang sahaja aku terus mengambil rakanku dan terus ke kenduri kawan aku yang telah sekian lama tamat.Masa tu dah pukol 4 petang.Paiseh betul la,tapi sesampai aku still dapat makan dengan kelahapnya dan istimewanya,kami dihidangkan makanan oleh pasangan pengantin!Fes time dalam idup aku,dan fes time jugak aku nyanyi untuk pengantin hari itu!
Selesai berkaraoke,aku berniat untuk pergi ke Mines shopping mall.Mulanya aku ingat hanya untuk bersiar².ku sangkakan mendung,tapi rupanya hujan ditengahari.peribahasa tersebut tidak bermakna bagi korang,hanya aku sahaja yang tahu~hohoho.
Sampai kat Mines aje,keluar dari lif ku terus ke Reject Shop.Kedai memula sekali aku shopping.Beberapa kotak seluar dalam,stokin dan 2 kotak minyak wangi(perfume generate) cap ayam.Keluar sahaja dari kedai kami mencari kedai lain.Sambil jalan aku nampak orang kerumun satu tempat nih macam semut,aku singgah tetapi hanya berjaya mendapatkan sehelai jaket hijau.Memang sangat kebetulan kerana aku memang ingin mendapatkan jaket untuk bulan nih,dapat harga yang sangat murah dan memang taste aku untuk jaket tu.Takdir menyebelahi aku kini~hohoho.Bosan dengan perjalanan aku berhenti sekejap di Sushi King melepaskan sangap aku.Makan sikit² aje kerana rakanku memang tak tertahan dengan bau dan environment di sana.
Keluar dari kedai,aku ternampak bot kat tepi dan aku mulai rakus dengan aktiviti spontanku.Agak mahal bagi aku untuk membayar tiket bot tersebut,tapi apakan daya memang aku rakus membuat keputusan.Agak menarik jugak bersiar² dengan bot tapi keadaan agak gelap pada malam kerana mereka memang tidak menyediakan lampu² yang banyak di sekeliling taman.First time aku baru tahu yang rumah Sheikh Fazir kat hujung South Lake.Memang besar dan pemandu bot katakan ianya rumah pertama disiapkan disitu dan berharga RM 85 juta!Gila babeng.Aku nampak rumah tersebut ada 4 tingkat dari luar dan mempunyai sebuah bot kecil.Memang aku sangat² teruja dengan rumah beliau.Rezeki orang..
Sekembali ke darat,tepat pukul 10 malam dan keadaan mulai lengang kerana kedai² mulai menyudahkan perniagaan mereka dan aku hanya nampak orang datang untuk pergi ke pawagam.Mungkin midnight movie.Aku memang tak berminat sebab dah tiada cerita yang aku boleh tonton disitu.
Aku pulang menuju ke highway selatan menuju ke Senawang.Takut nak ikut jalan lama sebab aku baru aje hari Khamis lepas tengok Long-Khong2~seram..

Sunday, May 25, 2008

Saiful Nang menganjurkan Seminar lagi

Golongan candidsyndrome mengganas lagi dengan menyalurkan informasi² pengalaman mereka dengan menganjurkan PHOTOCAMP2008 yang diadakan di Hulu Langat pada 28-30 Julai 2008.Mereka ini sangat di'admire' oleh aku walaupon ade jugak rerakan aku yang tidak menyukai dengan gaya foto mereka.Pegi mati sama mereka kerna aku memang suka dengan komposisi imej dari diorang.Sebab tu golongan Diraja dan artis² pun tak kesah dengan gaya kerja mereka.
Aku kalao nak diikutkan memang nak pergi ke kem mereka nih,tapi masalahnya aku bukan ade kamera DSLR.Ade perkataan tertera "Sekurang-kurangnya memiliki / meminjam sebuah Digital SLR".Aku bukannya senang nak memiliki DSLR nih,apatah lagi nak meminjam dari kawan²ku yang 'kedeng'.Nak sewa dari kedai² dari sini pun aku tak tahu mana nak cekau.Aku sangat² teruja kalao diorang nih ade wat sessi penggambaran walaopon aku memang tak tengok pun dalam forum diorang.Aku memang takde mase sangat nak membaca,tapi mungkin lepas nih aku akan mempunyai masa lebih walaupon dihari minggu.Aku memang bercita² untuk memiliki ketajaman imej melalui penggunaan kamera SLR.Tunggu la suatu hari nanti..Pepehal pun ini adalah ads untuk mereka.Silakan kalao korang berminat.

Friday, May 23, 2008

Fundraising for Myanmar cyclone Nargis victims

Before I was to late to post,here is the latest event.There will be a garage sales in Gadong,Brunei and 20% of all the stuff there will be donated for Myanmar cyclone Nargis victims.So any of you who still not involved and want to donate to them,this is your chance.Buy the things you like and at the same time you help the victims.Refer to the poster.You may click here to redirect to their blog.

Taken from their blog
On the 4th of May, a tragic incident happened in Myanmar, member of our ASEAN family. Cyclone Nargis has hit Myanmar believed to be worse than the 2004 Tsunami. As of today, there are estimated more than 200,000 lives has been lost and 2.5 Million people in urgent need of aid (Ref: Burma Campaign). We, with the help of family, crew and friends is opening up our hands to organise a fund raising day at Wardrobes Inc. To those who wish to donate used clothes and any types of aids for e.g. foods, medicines etc., you may contact us (+673 2456135) or Myanmar Embassy (+673 2451960).

For more details on the fund raising campaign, please refer to our poster above. We appreciate your time reading this and your lending hands.

"Golden Hearts, Saves Lives"

Malaysian Artist For Unite

Aku dah embedded dalam wordpress aku sebelum nih.Aku embedded jugak dalam blog nih sebagai tanda aku menyayangi artis Malaysia kita.Yang rajin berusaha untuk dunia artis aje la.Yang ampeh lelain,yang kasik bikin panas dalam industri,yang asek ade gossip murahan,aku memang meluat.Ikhlas dari aku,

Klik kat gambar untuk redirect ke web info diorang
free download

Nih plak embedded untuk vids diorang dari you-tube

Malam Sabtu,Yakni di hari Jumaat




Memalam terasa belikat saket,aku pakai acustop cataplasma a.k.a koyok tampal.Mende nih agak feymes di kalangan remaja yang kerja dalam KPJ untuk legakan backpain.Tambah lagi ngan tramadol,memang best la keesokan harinya.Korang test ler kalo tak caye.




off topic:

Arinih tak merasa Teh Tarik lagi.Aku sangat mencintai teh tarik dan akan minum sekurang²nya sekali setiap hari.Aku tidak tahu bagaimanakah cara untuk berhenti dari tabiat ini dan aku masih memikirkan akibatnya apabila aku tiba di Melaka nanti.Camne nak berenti untuk mencintai?Entahla~

aku dengar minum teh tarik aje boleh dapat sakit jantung?!Aku smokin pun leh dapat saket jantung.Perlu ker aku berenti?~entahla~

Baju Melayu


Baju tempahanku sudah siap arituh dan arinih adalah masa untuk menayangkan kepada orang laen.Baju ini bakal menggemparkan dunia bebudak kuala kubu kerna aku menggunakan baju ini untuk mengapitkan pengantin lelaki untuk bersanding pada hari jadiku sendiri.Aku tempah kat tasik jaya,kedai cina.Takde la mahal sangat tapi ade kesilapan teknikal sedikit kerna ianya cam jatuh kedepan.Aku nak repair takde mase dah,pakai aje ler,pepandai la ekjas tarik baju aku ke belakang sket nanti.nanti sesape yang pergi ke kuala kubu nanti leh ler jumpe ngan aku dan "baju keramat" ku.

Thursday, May 22, 2008

First Time

Nih adalah post aku mula² sekali dalam blogspot nih.Sebelum nih aku gune platform laen.Sebab aku pk nak letak ads dalam blog aku aku terpaksa tukar platform aku selalu guna.Ini kira kelebihan aku untuk masa akan datang jugak.Maybe aku dapat duet pasnih,leh main affiliate² lak ngan orang laen.tinggi dan jauh sungguh mase depan yang aku pikirkan.Tapi kalo korang nak baca blog repekanku ini,silakanlah..Lepas nih aku akan mulakan dengan blogspot.I love blogspot kerana memberikanku peluang menyiarkan iklan secara percuma~hohoho.

pasnih dah takde duet,dah masuk belajar balik.Kena pikir cane nak generate duet plak.