Saturday, May 31, 2008

Shopping sakan di hari Sabtu

Tanggal 31 Mei,yakni hari Sabtu aku bercuti.Mulanya aku plan nak pegi kenduri kawan aku seawal mungkin,tapi rancanganku terkelendat sementara kerna aku mempunyai banyak perkara yang secara tak disengajakan dibuat olehku.Kerna tidak mempunyai rakan untuk pergi bersama ke Semenyih,aku mengajak seorang rakan baikku pergi sekali,jadi untuk menunggu dia pulang dari kerja aku mulakan hariku pada pukul sepuluh dengan mandi sebersihnya.
Aku mulakan dengan membayar bil telefon rumahku yang sangat banyak kerna tertunda selama beberapa bulan sehinggakan panggilan keluar di tahan.Aku pun usha jugak dengan penggunaan i-talk dari Telekom.Malangnya bapak aku sendiri yang kena pergi sebab guna namanya untuk telefon rumah kami.Selepas membayar,aku terus ke Jusco S2 untuk membeli hadiah untuk pengantin.Set cawan yang murah sahaja dan aku terbeli pulak boiler@thermo pot yang murah jenama Elba yang ada di bahagian appliances.Sungguh shit,tapi aku memikirkan untuk aku tinggal di Melaka kemudian hari.Mungkin ada jugak gunanya nanti.Kemudian dengan secara tak sengaja aku pergi ke CIMB atm mengeluarkan duet beberapa ratus ringgit dengan tujuan untuk 'repair air-cond' kereta charade G9 keramat aku.Rupanya keadaan tidak seawal yang aku sangkakan kerana sistem air-cond kereta tersebut mempunyai beberapa kerosakan kecil sehinggakan memaksa aku memberi kepada apek tersebut kira-kira RM200.Aku keluar dari kedai tersebut dengan air-cond yang terpasang setelah 6bulan tidak menggunakannya.
Pulang sahaja aku terus mengambil rakanku dan terus ke kenduri kawan aku yang telah sekian lama tamat.Masa tu dah pukol 4 petang.Paiseh betul la,tapi sesampai aku still dapat makan dengan kelahapnya dan istimewanya,kami dihidangkan makanan oleh pasangan pengantin!Fes time dalam idup aku,dan fes time jugak aku nyanyi untuk pengantin hari itu!
Selesai berkaraoke,aku berniat untuk pergi ke Mines shopping mall.Mulanya aku ingat hanya untuk bersiar².ku sangkakan mendung,tapi rupanya hujan ditengahari.peribahasa tersebut tidak bermakna bagi korang,hanya aku sahaja yang tahu~hohoho.
Sampai kat Mines aje,keluar dari lif ku terus ke Reject Shop.Kedai memula sekali aku shopping.Beberapa kotak seluar dalam,stokin dan 2 kotak minyak wangi(perfume generate) cap ayam.Keluar sahaja dari kedai kami mencari kedai lain.Sambil jalan aku nampak orang kerumun satu tempat nih macam semut,aku singgah tetapi hanya berjaya mendapatkan sehelai jaket hijau.Memang sangat kebetulan kerana aku memang ingin mendapatkan jaket untuk bulan nih,dapat harga yang sangat murah dan memang taste aku untuk jaket tu.Takdir menyebelahi aku kini~hohoho.Bosan dengan perjalanan aku berhenti sekejap di Sushi King melepaskan sangap aku.Makan sikit² aje kerana rakanku memang tak tertahan dengan bau dan environment di sana.
Keluar dari kedai,aku ternampak bot kat tepi dan aku mulai rakus dengan aktiviti spontanku.Agak mahal bagi aku untuk membayar tiket bot tersebut,tapi apakan daya memang aku rakus membuat keputusan.Agak menarik jugak bersiar² dengan bot tapi keadaan agak gelap pada malam kerana mereka memang tidak menyediakan lampu² yang banyak di sekeliling taman.First time aku baru tahu yang rumah Sheikh Fazir kat hujung South Lake.Memang besar dan pemandu bot katakan ianya rumah pertama disiapkan disitu dan berharga RM 85 juta!Gila babeng.Aku nampak rumah tersebut ada 4 tingkat dari luar dan mempunyai sebuah bot kecil.Memang aku sangat² teruja dengan rumah beliau.Rezeki orang..
Sekembali ke darat,tepat pukul 10 malam dan keadaan mulai lengang kerana kedai² mulai menyudahkan perniagaan mereka dan aku hanya nampak orang datang untuk pergi ke pawagam.Mungkin midnight movie.Aku memang tak berminat sebab dah tiada cerita yang aku boleh tonton disitu.
Aku pulang menuju ke highway selatan menuju ke Senawang.Takut nak ikut jalan lama sebab aku baru aje hari Khamis lepas tengok Long-Khong2~seram..

2 comments:

Anonymous said...

haha..
6bulan tu pakai udara semulajadi..

pesal tak ajak aku skali karok tuk pengantin.. hehe

botak said...

memang ponn..bukan takat 6 bulan,dekat 3 tahun sebenarnya.Aku buat 6 bulan lepas,tapi rosak balik.hensem betul perangai kereta aku tuh.

ko dok kat mane menteil?semenyih gak ker?kalo aku tau memang aku ajak ko sekali~hohoho